• PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PENGGUNA (G2C)
 Emel 1Govuc | CIDOS | eSIS
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA KERAJAAN (G2G)
  1GOV | MOE | HRMIS | Portal SPA | e-Penyata Gaji | Jobstreet
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN (G2B)
 Bayaran Balik Pinjaman KPT | Perbadanan Perusahaan Kecil & Sederhana | e-PerolehanPTPTN |Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)|

Pautan Luar

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (JKA)

Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar ditunjangi dengan tenaga pengajar dan staf sokongan melebihi 100 orang, terdiri daripada para profesional yang diiktiraf kelayakannya, terlatih serta berpengetahuan sejajar dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang berkualiti di dalam menampung sektor awam dan swasta di Malaysia.
Dengan bilangan pelajar melebihi 1500 pada satu-satu semester, lulusan ini akan berganding bahu dengan Jurutera/Arkitek/Juruukur Profesional bagi menyediakan infrastruktur binaan, bangunan, jambatan, lebuhraya, dan kemudahan bekalan air sisa di samping menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Selain memberi ilmu pengetahuan, Jabatan ini juga memberikan latihan kemahiran secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran di bengkel serta makmal yang berkaitan. Jabatan Kejuruteraan Awam juga menyediakan kursus-kursus yang berteraskan teknologi pembinaan terkini termasuk kursus CIDB untuk kad hijau.

 

 

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Menawarkan pendidikan dan perkhidmatan berkualiti yang efisien dan professional menerusi bidang ilmu yang luas dan inovasi sambil berpegang teguh pada nilai-nilai murni, dengan hasrat untuk melahirkan graduan yang bertanggungjawab, berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan mempunyai kredibiliti serta mampu menyelesaikan masalah menerusi daya fikir yang inovatif.

 

 

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal merupakan salah satu daripada enam jabatan lain yang terlibat dalam membantu PUO melahirkan lulusan separa profesional. Jabatan Mekanikal diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dengan dibantu oleh 115 orang kakitangan akademik dan 7 orang kakitangan bukan akademik. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menawarkan 4 Program Diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan,DPU), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif,DAD) dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM). Terbaru, satu program degree ditawarkan iaitu Bachelor of Manufacturing Engineering Technology (Supply Chain Management).

 

 Lawat Laman

JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN (JKP)

Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP) mula diperkenalkan di Politeknik Ungku Omar (PUO) pada tahun 1972 oleh Kerajaan Malaysia melalui kerjasama Japanese International Corporation Agency (JICA), sebuah agensi dari negara Jepun di bawah Rancangan Colombo. Kerajaan Jepun telah menyediakan peralatan serta kemudahan pembelajaran bernilai 1.3 juta ringgit dan lima orang penasihat Jepun.

 

Lawat Laman

JABATAN PERDAGANGAN

Program di dalam bidang perdagangan mula diperkenalkan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada tahun 1971. Pada mulanya hanya dua program yang ditawarkan iaitu Diploma Akauntansi dan Sijil Pengajian Perniagaan. Kemudian wujud pula program Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Kewangan dan Perbankan. Mulai Semester Julai 2007, Jabatan Perdagangan Politeknik Ungku Omar telah memperkenalkan satu program baru iaitu Diploma Pengurusan Peruncitan. Tenaga pengajar di jabatan ini terdiri daripada lulusan dari Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan luar negara di peringkat Sarjana dan Sarjana Muda. Tenaga pengajar juga didedahkan dengan kursus di dalam negara untuk menambahkan pengetahuan. Ada di antara mereka yang telah berkhidmat di sektor Perbankan, Pemasaran, Pengauditan dan Guaman. Mulai Semester Julai 2009, satu program baru telah diperkenalkan di Jabatan Perdagangan iaitu Diploma Perbankan Islam (Diploma in Islamic Banking and Finance) manakala mulai semester Disember 2011 program Diploma Lanjutan Akauntansi dijalankan.

Pada semester Jun 2012, terdapat 2 program baru akan diperkenalkan iaitu Diploma Lanjutan Pengurusan Harta (Islam) dan Diploma Lanjutan Keusahawan.

 

 

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2007 apabila pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat dipisahkan daripada Jabatan Matematik Sains & Komputer (JMSK). Pada awalnya, program Teknologi Maklumat adalah di bawah pengurusan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) bermula pada bulan Julai 1998 sehingga Jun 1999 sebelum diambil alih oleh JMSK (Julai 1999 hingga Disember 2006). Jabatan ini mengendalikan sepenuhnya program Teknologi Maklumat sejak penubuhannya.

JTMK kini menawarkan EMPAT (4) program iaitu Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan), Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) Diploma Teknologi Maklumat (Keselamatan Maklumat) dan Diploma Lanjutan Teknologi Maklumat (Rangkaian). Program Teknologi Maklumat direkabentuk untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan asas dan kemahiran praktikal yang komprehensif. Ini merangkumi pelbagai bidang untuk memberi peluang yang luas kepada pelajar membuat pengkhususan dalam bidang yang diminati. Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Ini membolehkan pelajar untuk menyelesaikan masalah, mempertingkatkan kebolehan dan memperolehi kemahiran berfikir secara abstrak dan kritis, berkemampuan untuk melahirkan kreativiti secara individu atau usaha sama serta mempraktikkan pembelajaran sepanjang hayat. 

 

 

JABATAN PENGAJIAN AM

 Melahirkan modal insan yang seimbang dari segenap sudut kehidupan merupakan tanggungjawab utama yang digalas oleh Jabatan Pengajian Am di Politeknik Ungku Omar. Biarpun memegang amanah sebagai sebuah jabatan sokongan, Jabatan Pengajian Am tidak pernah leka dan alpa dalam melahirkan pelajar-pelajar berwibawa yang cemerlang bukan sahaja dari sudut kemahiran bahasa, malah tinggi sahsiah, kukuh rohani dan mantap akidahnya untuk menempuh kehidupan luar yang tidak dapat dibendung kebebasannya. Jabatan Pengajian Am atau JPA terdiri dari dua unit iaitu Unit Bahasa dan Unit Pendidikan Islam dan Moral. Unit Bahasa menawarkan kursus-kursus Bahasa yang terdiri daripada Communicative English, English At The Workplace, English For Academic Writing, Presentation Skills, English For Engineering & Technology, Bahasa Mandarin, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Arabic For Muamalat dan Arabic For Wealth Management.

Manakala Unit Pendidikan Islam dan Moral menawarkan kursus-kursus seperti Pendidikan Islam, Pengajian Malaysia, Pengurusan Dalam Islam, Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam, Tamadun Islam, Tamdun Islam dan Tamadun Asia, Nilai Masyarakat Malaysia, dan Hubungan Etnik. Kursus-kursus yang ditawarkan untuk semua pelajar di setiap jabatan induk oleh Unit Bahasa berperanan besar dalam membekalkan para pelajar dengan ilmu komunikasi global yang begitu diperlukan bagi menghadapi cabaran alam pekerjaan yang semakin mencabar. Keseluruhan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral bertujuan mendidik para pelajar PUO dengan penghayatan ajaran agama, nilai-nilai moral sejagat, menanam semangat perpaduan serta kesedaran untuk mengembalikan kegemilangan ketamadunan silam yang semakin pudar ditelan zaman. 

 

JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER

Jabatan matematik, sains & komputer pada asalnya merupakan salah sebuah unit akademik di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Pada 1 Mac 1999, ia telah dinaik taraf sebagai sebuah jabatan sokongan di Politeknik Ungku Omar dan menawarkan kursus-kursus seperti Matematik, Matematik Kejuruteraan, Matematik Lanjutan, Sains Kejuruteraan dan Aplikasi Komputer kepada para pelajar. Pensyarah-pensyarah Jabatan Matematik, Sains & Komputer terdiri daripada para profesional yang terlatih dalam bidang masing-masing.

 
Paparan terbaik gunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3+ dan Internet Explorer 8+. Resolusi skrin maksimum 1280 x 800 pixel.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hak Cipta Terpelihara ©PUO | Durasi Capaian : 05 saat
Dikemaskini pada : 11-10-2017
Hit
012148558