• PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PENGGUNA (G2C)
 Emel 1Govuc | CIDOS | eSIS
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA KERAJAAN (G2G)
  1GOV | MOE | HRMIS | Portal SPA | e-Penyata Gaji | Jobstreet
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN (G2B)
 Bayaran Balik Pinjaman KPT | Perbadanan Perusahaan Kecil & Sederhana | e-PerolehanPTPTN |Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)|

Pautan Luar

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Jabatan ini bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan pelajar di Politeknik Ungku Omar. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

1. Bahagian Pengambilan Dan Data
Menguruskan pengambilan dan pendaftaran pelajar semasa dan pelajar baru.
Menyimpan segala rekod dan maklumat peribadi pelajar.

2. Bahagian Kebajikan Dan Disiplin
Menguruskan pinjaman dan bantuan pelajar. Memantau dan mengawal selia badan induk pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), serta kelab-kelab dan persatuan persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar.
Bertindak sebagai urus setia tatatertib pelajar yang memantau disiplin dan perlakuan sosial pelajar.

 

Lawat Laman

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau organisasi swasta bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di Politeknik.
Tempoh Latihan Industri Politeknik adalah selama lima bulan (20 minggu) bagi semua program, kecuali program Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP) yang tempohnya hanyalah tiga bulan (10 minggu) yang akan diikuti oleh Latihan Laut. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) atau membuat permohonan sendiri. Tempat latihan yang dipohon mestilah bersesuaian dengan bidang (program) yang dipelajari di Politeknik.
Panduan lengkap berkaitan dengan Latihan Industri dinyatakan di dalam Garis Panduan Latihan Industri yang dikeluarkan oleh Sektor Pengurusan Politeknik, JPPKK.

 

Lawat Laman

UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN

Unit Penilaian dan Peperiksaan PUO terletak di Kampus B. Unit ini berperanan menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan penilaian dan peperiksaan di jabatan-jabatan. Unit Penilaian dan Peperiksaan dibantu oleh sekurang-kurangnya tiga orang Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) yang telah dilantik oleh setiap jabatan.

 

Lawat Laman

UNIT PSIKOLOGI & KERJAYA

Unit Psikologi dan Kerjaya Politeknik Ungku Omar merupakan unit sokongan akademik yang melengkapkan sistem pengajian di Politeknik Ungku Omar. Fungsi dan peranan Unit Psikologi dan Kerjaya PUO adalah bertanggungjawab kepada 4 aspek utama iaitu Pembangunan, Pencengahan, Pemulihan dan Intervensi di mana ia berkait rapat dengan kefungsian konsep psikologikal kepada manusia

 

 Lawat Laman

UNIT PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Politeknik Ungku Omar ditubuhkan serentak dengan penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969. Diawal penubuhannya Perpustakaan ini terletak di Bangunan Pentadbiran PUO yang dikendalikan oleh kakitangan Pentadbiran Politeknik. Pada sekitar tahun 1975, Perpustakaan ini berpindah ke bangunan khusus yang lebih selesa yang boleh menempatkan lebih kurang 100 pengguna dalam satu-satu masa. Perpustakaan ini memberikan perkhidmatan kepada semua pelajar dan kakitangan PUO. Bangunan perpustakaan dua tingkat ini mempunyai keluasan lantainya 2000 meter persegi.

 

Lawat Laman

UNIT CORPORATE INDUSTRIAL SERVICES & EMPLOYABILITY CENTRE (CISEC)

Penubuhan Unit Corporate Industrial Services & Employability Centre (CISEC) di politeknik sebagai inisiatif ke arah hubungan politeknik industri yang lebih kukuh. CISEC akan menjadi pusat sehenti (One Stop Centre) dalam memenuhi keperluan industri yang berminat untuk bekerjasama dengan Politeknik terutama bagi projek pengkomersilan dan pengurusan fasiliti atau perkhidmatan pakar runding. Melalui CISEC, proses pemadanan keperluan tenaga kerja di industri dengan pencarian kerja graduan politeknik dijangka dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan sistematik.

 Lawat Laman

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Unit Teknologi Maklumat dikendalikan oleh Ketua Unit Teknologi Maklumat dengan bantuan 3 orang Pegawai Teknologi Maklumat, 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan 5 orang Juruteknik Komputer. Unit Teknologi Maklumat memainkan peranan dalam menyediakan Sistem Maklumat berkomputer bagi menyokong keperluan pentadbiran, pengurusan  dan Pembelajaran & Penilaian di Politeknik Ungku Omar. Unit ini juga bertindak sebagai pemankin kearah menajayakan visi dan misi PUO dengan memperkenalkan budaya kerja yang menggunakan konsep ICT dalam Jabatan.

 

Lawat Laman
Paparan terbaik gunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3+ dan Internet Explorer 8+. Resolusi skrin maksimum 1280 x 800 pixel.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hak Cipta Terpelihara ©PUO | Durasi Capaian : 05 saat
Dikemaskini pada : 18-07-2017
Hit
011556721