• PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PENGGUNA (G2C)
 Emel 1Govuc | CIDOS | eSIS
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA KERAJAAN (G2G)
  1GOV | MOE | HRMIS | Portal SPA | e-Penyata Gaji | Jobstreet
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN (G2B)
 Bayaran Balik Pinjaman KPT | Perbadanan Perusahaan Kecil & Sederhana | e-PerolehanPTPTN |Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)|

Pautan Luar

Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik tersebut di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato' Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan
 
Pada mulanya Politeknik ini menumpang di bangunan Pusat Latihan Harian (DTC) Ipoh yang kemudiannya menjadi Maktab Perguruan Kinta. Untuk kumpulan 300 orang pelajar yang pertama, kuliah diadakan mulai 2 Jun 1969. Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri dari 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah ke kampus barunya dan ianya dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada waktu itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein

  Politeknik ini didirikan dengan tujuan untuk memberi latihan kepada lulusan sekolah menengah dengan kelayakan SPM atau SPMV untuk menjadi juruteknik mahir dalam bidang juruteknik mahir dalam bidang kejuruteraan, pegawai eksekutif pertengahan dan separa profesional di sektor awam dan sektor swasta.
Pada peringkat awal, Politeknik ini cuma mempunyai empat Jabatan Akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan yang menawarkan pelbagai kursus di peringkat diploma dan sijil. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dan jabatan ini cuma menawarkan kursus tunggal pada peringkat Diploma. Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am.
Program Teknologi Maklumat, buat pertama kalinya ditawarkan oleh PUO pada Januari 1999 di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pada Julai 1999 pelaksanaan Program Teknologi Maklumat telah diletakkan di bawah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.Pada Januari 2007, Program Teknologi Maklumat telah diwujudkan di PUO dan telah diletakkan di bawah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Sejak permulaan hingga hujung 2007, PUO telah melahirkan sejumlah 50,822 orang graduan. Kini terdapat bekas pelajar PUO berkhidmat di pelbagai bidang aktiviti ekonomi negara dan mereka itu telah menyumbangkan kemahiran serta tenaga dalam proses pembinaan negara. Kejayaan ini adalah berkat usaha bersama semua pihak termasuk pensyarah dan kakitangan lain yang kini berjumlah 681 orang.
 
Pada 1 September 1999, Maktab Perguruan Kinta menyerahkan kampusnya kepada PUO. Kini kampus bekas maktab dinamakan Kampus B dan digunakan sepenuhnya oleh Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am, Unit Kokurikulum dan Unit Pepreriksaan. Perkembangan dalam saiz kampus PUO adalah perlu untuk menampung pertambahan pesat dalam bilangan pelajar. Pada suatu hari nanti bilangan pelajar PUO dijangka akan menjejak 10,000 orang.

Paparan terbaik gunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3+ dan Internet Explorer 8+. Resolusi skrin maksimum 1280 x 800 pixel.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hak Cipta Terpelihara ©PUO | Durasi Capaian : 05 saat
Dikemaskini pada : 11-10-2017
Hit
012110096