• PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PENGGUNA (G2C)
 Emel 1Govuc | CIDOS | eSIS
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA KERAJAAN (G2G)
  1GOV | MOE | HRMIS | Portal SPA | e-Penyata Gaji | Jobstreet
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN (G2B)
 Bayaran Balik Pinjaman KPT | Perbadanan Perusahaan Kecil & Sederhana | e-PerolehanPTPTN |Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)|

Pautan Luar

19 Dis 2016 : Caprewind@PUO merupakan satu lagi perkhidmatan secara atas talian yang disediakan oleh Politeknik Ungku Omar untuk membantu proses pembelajaran pelajar. Ianya adalah dalam bentuk rakaman pengajaran pensyarah yang dapat dilihat semula oleh pelajar untuk mengulangkaji dan pembelajaran diluar bilik darjah.

 Buat permulaan, beberapa sesi pengajaran di Mini Lecture Teater (MLT) di Center of Technology JKP akan dibuat proses rakaman dan selepas 24 jam video pengajaran pensyarah akan dapat dilihat oleh pelajar. Pensyarah dan pelajar boleh ke portal Caprewind@PUO melalui icon perkhidmatan ini melalui login ipuo masing-masing.

Antara tujuan Caprewind@PUO adalah supaya proses pembelajaran pelajar berjalan dengan lancar. Rakaman dan koleksi video pengajaran boleh ditonton semula terutama kepada pelajar yang menyertai aktiviti diluar dari PUO seperti menjadi atlet atau menyertai pertandingan diperingkat negeri dan kebangsaan. Dengan adanya koleksi video pengajaran, tiada lagi alasan untuk proses pembelajaran tidak berlaku walaupun pensyarah terpaksa menangguhkan kelas kerana perlu hadir ke mesyuarat atas keperluan perkhidmatan. Ini kerana pelajar boleh diminta menonton video pengajaran dari koleksi video yang ada sebelum pengantian kelas dibuat.
Semoga dengan adanya perkhidmatan Caprewind@PUO ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pembelajaran pelajar di PUO.

 

Paparan terbaik gunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3+ dan Internet Explorer 8+. Resolusi skrin maksimum 1280 x 800 pixel.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hak Cipta Terpelihara ©PUO | Durasi Capaian : 05 saat
Dikemaskini pada : 11-10-2017
Hit
012110075