PENGENALAN PROGRAM

Karnival Keusahawanan SUKSES adalah idea yang dibangunkan oleh Meta FOCUS Aspirations Sdn Bhd merupakan konsultan yang dilantik oleh Politeknik Ungku Omar sebagai Mentor Konsultan Usahawan PUO. Kerjasama antara kedua belah pihak dengan kepakaran masing-masing dalam menyerlahkan bakat dan potensi siswa-siswi PUO bagi membudayakan minda dan nilai keusahawanan.


Pihak PUO dan FOCUS komited dalam kerjasama strategik ini bermula dengan Karnival Keusahawanan SUKSES sebagai membuka minda dan membawa pelajar ke satu aras yang lebih tinggi dan realistik yang mampu dicapai.


OBJEKTIF

i. Mendedahkan ilmu kontemporari perniagaan yang praktikal kepada peserta
ii. Memfokuskan dalam melahirkan usahawan di kalangan siswazah dan komuniti yang benar-benar berjaya
iii. Mendedahkan pelajar untuk mendekati realiti sebenar dunia perniagaan.
iv. Menerajui dan memaknai minda peserta agar bertindak seperti usahawan dalam semua aspek kehidupan dan kerjaya.
v. Menanam minat dan keyakinan bahawa kerjaya usahawan dalam bidang sesuai mampu menjana pendapatan lumayan.

Tarikh : 02 – 03 Ogos 2017

Antara kursus-kursus yang dianjurkan adalah seperti berikut:

No
Kursus-kursus
Tarikh
Masa / Tempoh
Yuran Penyertaan
1.
Kursus Refleksologi
02 -  03 Ogos 2017
2.15 – 4.15 ptg
9.00 pg – 4.00 ptg
(sehari setengah)
RM60
2.
Kursus Nasi Ayam Hainan
02 -  03 Ogos 2017
2.15 – 4.15 ptg
9.00 pg – 4.00 ptg
(sehari setengah)
RM60
3.
Kursus Penyediaan Asas Akaun Perniagaan
03 Ogos 2017
9.00 pg – 4.00 ptg
RM50
4.
Kursus Buat Kek
03 Ogos 2017
9.00 pg – 4.00 ptg
RM40
5.
Kursus Buat Nasi Kambing
03 Ogos 2017
9.00 pg – 4.00 ptg
RM40

 

Untuk pengetahuan semua, setiap penyertaan akan diberikan sijil oleh Meta FOCUS (untuk Kursus No 1 & 2) dan oleh PUO (untuk Kursus No. 3, 4 & 5). Setiap kursus adalah terhad kepada 20 orang peserta sahaja.

Oleh itu, sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan Dr. Anna (+61404712245-whatsapp shj), Cik Zaidah (013-3433061) atau Cik Liyana (013-6357573) sebelum hari Jumaat ini (28/07/2017).