• PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PENGGUNA (G2C)
 Emel 1Govuc | CIDOS | eSIS
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA KERAJAAN (G2G)
  1GOV | MOE | HRMIS | Portal SPA | e-Penyata Gaji | Jobstreet
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN (G2B)
 Bayaran Balik Pinjaman KPT | Perbadanan Perusahaan Kecil & Sederhana | e-PerolehanPTPTN |Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)|

Pautan Luar

Cokmar Politeknik Ungku OmarRekabentuk Silinder Lapan Panel

Konsep rekabentuk cokmar Politeknik Ungku Omar melambangkan kekuatan dan keamanan melalui teknologi dengan menerapkan kesepaduan dan keharmonian di antara nilai-nilai agama, kepercayaan, kebudayaan, pengetahuan, ilmu dan teknologi. Ia menjadi panduan dan pendorong untuk mencapai tujuan dan objektif dasar kualiti yang dijunjung dan digagasi bersama.
 
Batil atau bahagian bawah cokmar berbentuk elips adalah tapak yang menggambarkan hasrat Politeknik Ungku Omar untuk terus berkembang maju menyebarkan ilmu dan pengetahuan berdasarkan kejuruteraan, perdagangan dan teknologi dengan menjunjung nilai tradisi dan kepercayaan kepada Tuhan.

Bahagian kedua merupakan batang atau kaki yang berdiri dari kayu yang diukir dengan motif geometri yang tidak dapat diketahui mula dan akhirnya melambangkan usaha menuntut ilmu dan pengetahuan itu satu usaha berterusan tanpa titik noktah dan ia berkait-kaitan antara satu sama lain. Ia merujuk kepada kekuatan dan keamanan dalam menuntut ilmu dan pengetahuan berkait dengan teknologi.
 
Bahagian ketiga merupakan badan berbentuk silinder di mana bahagian bawahnya berbentuk silinder dengan dua lapisan jaluran besar dengan dua lapisan jaluran besar dan lapan jaluran kecil. Jaluran ini menggambarkan sembilan daerah dengan lapisan kesepuluh ialah tapak di mana terletaknya Politeknik Ungku Omar, iaitu institusi awam pertama di negeri Perak didirikan atas tujuan memberi latihan separa profesional berteraskan kejuruteraan, perdagangan dan teknologi.

Di bahagian atasnya pula terdapat silinder mengandungi lapan panel yang melambangkan lapan jabatan utama yang menjadi teras kepada pendidikan di Politeknik Ungku Omar dengan bahagian atasnya satu lapisan yang menjadi pengikat kesepaduan antaranya. Bahagian kepala bermula daripada bahagian yang mengandungi lima jalur yang melambangkan lima komponen bangsa warganegara Malaysia yang menuntut di Politeknik Ungku Omar. Bahagian atas bebentuk replika tengkolok kesultanan Perak yang dijunjung melalui gambaran pemakainya Politeknik Ungku Omar. Emblem Politeknik Ungku Omar diukir di hadapan dan belakang tengkolok di samping nama Politeknik Ungku Omar diukir di bawahnya. Ini melambangkan kesultanan perak yang menjadi teras kehidupan yang makmur, aman dan berteknologi. Tuanku sultan adalah penaung dan ketua agama sementara Politeknik Ungku Omar adalah institusi mendapat naungan dan restu Ke bawah Duli Sultan.

Paparan terbaik gunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3+ dan Internet Explorer 8+. Resolusi skrin maksimum 1280 x 800 pixel.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hak Cipta Terpelihara ©PUO | Durasi Capaian : 05 saat
Dikemaskini pada : 11-10-2017
Hit
012107999