• PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PENGGUNA (G2C)
 Emel 1Govuc | CIDOS | eSIS
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA KERAJAAN (G2G)
  1GOV | MOE | HRMIS | Portal SPA | e-Penyata Gaji | Jobstreet
  • PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN (G2B)
 Bayaran Balik Pinjaman KPT | Perbadanan Perusahaan Kecil & Sederhana | e-PerolehanPTPTN |Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)|

Pautan Luar

pengarah
MEJ. (K) DATO' HJ. MD. NOR BIN YUSOF  D.I.M.P.,A.M.K.,S.M.P.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung Portal Politeknik Ungku Omar. Kesudian saudara-saudari mengunjungi portal ini amat dialu-alukan. Seiring dengan ledakan era teknologi maklumat di Alaf 2000 telah mencetuskan ilham pihak Politeknik Ungku Omar untuk mewujudkan portal tersendiri. Politeknik Ungku Omar sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang terkenal di Malaysia ingin turut serta dalam arus kemajuan ini dengan mengambil inisiatif mewujudkan laman web ini.

Portal ini diwujudkan dengan tujuan memudahkan orang ramai mengenali dan mendapat gambaran sebenar tentang Politeknik Ungku Omar dengan lebih jelas.Wawasan negara kita adalah untuk menjadi sebuah negara perindustrian maju. Berteraskan matlamat inilah Politeknik Ungku Omar menyemai cita dan azam untuk menjadi sebuah institusi utama dalam memberi pendidikan teknikal dan perdagangan yang berkualiti. Kejayaan merealisasikan graduan politeknik yang berkualiti, beretika, berdedikasi, berilmu serta komited merupakan Misi Politeknik Ungku Omar serta matlamat kerja para kakitangan Politeknik Ungku Omar.
 
Setelah 36 tahun menyumbang bakti menghasilkan guna tenaga bagi negara, Politeknik Ungku Omar akan terus berusaha memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sejajar dengan gelombang kemajuan yang dialami negara. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara Politeknik Ungku Omar akan terus melahirkan graduan yang berkualiti dari pelbagai segi terutamanya akademik dan ko-kurikulum. Graduan Politeknik Ungku Omar juga dititikberatkan dengan sahsiah yang tinggi supaya mampu merenangi arus perkembangan serta komited untuk menyahut seruan dan cabaran di Alaf 2000 yang begitu mencabar dan getir. Harapan saya agar Portal Politeknik Ungku Omar ini mampu memberikan maklumat yang berfaedah kepada para pengunjungnya.
 

"Kekuatan Dan Keamanan Melalui Teknologi"

Paparan terbaik gunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3+ dan Internet Explorer 8+. Resolusi skrin maksimum 1280 x 800 pixel.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hak Cipta Terpelihara ©PUO | Durasi Capaian : 05 saat
Dikemaskini pada : 11-10-2017
Hit
012110072