Program & Kursus Ditawarkan

Struktur Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan Terkini

Semester 1 Semester 2 Semester 3 Semester 4 Semester 5 Semester 6 Semester 7
Pengajian di PUO Pengajian di PUO Pengajian di PUO (3 bulan) Latihan Industri (9 bulan) Latihan Laut Pengajian di PUO Pengajian di PUO

Semua kajian semula struktur program telah dibuat dengan perancangan yang rapi dengan tidak menjejaskan kandungan program. Kebanyakan perubahan dibuat melibatkan perubahan pada jangkamasa latihan industri dan laut.

Kursus Modular

1. Kurikulum
Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan telah menggunapakai kurikulum yang memenuhi kehendak “Standard of Training, Certificate and Watchkeeping for Seafarers (STCW 1995”) sejak tahun 2008. Ia diiktiraf oleh badan antarabangsa iaitu International Maritime Organization (IMO) dan kurikulum bagi program Diploma Kejuruteran Perkapalan digubal mengikut garis panduan “Model Course 7.04 , Officer In Charge Of An Engineering Watch”, keluaran IMO.

2. Kursus Modular
Setiap pelajar program Diploma Kejuruteraan Perkapalan(DKP) diwajibkan mengikuti kursus-kursus modular sebagai syarat menduduki peperiksaan lisan Watchkeeping Engineer Certification yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Laut Semenanjung Malaysia sebelum dibenarkan bekerja diatas sebuah kapal sebagai seorang Jurutera Marin. Kursus-kursus modular yang berkaitan adalah seperti berikut: Elementary First Aid Fire Prevention and Fighting At Sea Personal Survival Techniques Personal Safety and Social Responsibility Medical First Aid Advanced Fire Fighting At Sea Survival Craft and Rescue Boat Tanker Familiarisation Preparatory Course For Watchkeeping Engineers

3. Kerjaya Bagi Graduan DKP
Jurutera Marin (dengan sijil professional yang berkaitan) di atas kapal dagang. Eksekutif Teknikal di syarikat-syarikat pembinaan dan baikpulih kapal Pakar Teknikal di syarikat minyak dan gas (pelantar minyak) Penguasa Jurutera di syarikat perkapalan Pemeriksa Kapal (Ship Surveyor) Jurutera di Stesen Janakuasa Juruteran di kilang-kilang kelapa sawit Pembantu Jurutera di sektor Awam