Senarai Program & Syarat Kemasukan

Print

Biasiswa & Pinjaman

PENGURUSAN BIASISWA DAN PINJAMAN

Di Politeknik ini terdapat lebih kurang 10 jenis pinjaman/biasiswa telah disediakan untuk pelajar-pelajar. Di antaranya ialah Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Biasiswa/Pinjaman Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (Pinjaman/Biasiswa JPA), Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) KPTM, Yayasan Negeri, Pinjaman Kerajaan Negeri, Kouk Foundation Education Award dan lain-lain lagi.
a) Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


i. Tajaan
PTPTN hanya menaja pelajar-pelajar Diploma dan Integrasi sahaja. Jumlah yang ditawarkan bergantung kepada pendapatan ibu bapa/ penjaga. Kadar penuh yang ditawarkan setakat ini ialah RM 5000.00 setahun.



ii. Syarat-syarat permohonan dan kelayakan
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
c) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;
d) Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;
e) Telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi;
f) Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun.
g) Pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN memerlukan dua(2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin.
h) Mulai 18 Mei 2009, syarat simpanan SSPN bagi tujuan permohonan pembiayaan PTPTN telah tidak dikuatkuasakan.
i) Tidak mempunyai penaja atau penganjur lain.
j) Jumlah keseluruhan pembiayaan pinjaman yang telah diperolehi dan yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.
k) Sekiranya pernah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian yang terdahulu, tetapi gagal atau berhenti dari menamatkan pengajian, pelajar hanya boleh memohon pinjaman kali kedua setelah melangsaikan bagi hutang terdahulu.



iii. Penyerahan Borang Permohonan
Semua penyerahan borang permohonan hendaklah di buat melalui Politeknik Ungku omar dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan berikut yang telah disahkan. Pelajar-pelajar baru digalakkan menyediakannya sebelum datang mendaftar ke politeknik.
Dokumen-dokumen sokongan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
i. Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuatsalinan pada muka surat yang sama)
ii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)(Nota: Bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaanSPM/SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahunpeperiksaan diambil boleh diterima pakai)
iii. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web PUO boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai/pensyarah di PUO sahaja)
iv. Salinan Buku Akaun Bank Islam (muka surat yang tercatat nombor akaun)/SalinanSlip Deposit/Salinan Pengesahan nombor akaun persendirian.
v. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain.
vi. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan)/Salinan Borang CukaiPendapatan (Individu)/ Salinan Kad Pesara/Salinan Pengesahan Tidak Bekerja-IBU BAPA/PENJAGA/PEMOHON/PASANGAN PEMOHON.
vii. Salinan Kad Pengenalan/Salinan Paspot ibu dan bapa kandung sebagai penjamin
viii. Salinan Sijil Kematian/Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu/bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.
ix. Salinan Surat Pengesahan/Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pusat Zakat/sekiranya pemohon/ibu bapa kandung/penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan.
x. Bagi pelajar-pelajar yang membuat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN pada semester ke 2 pengajian dan ke atas, dokumen sokongan tambahan (WAJIB) yang perlu dikemukakan oleh pelajar adalah seperti
berikut:-
i. Salinan Surat Pengesahan Masih Belajar dari IPT. Pengesahan daripada Ketua Jabatan/Ketua Program/Pegawai Hal Ehwal Pelajar.
ii. ii. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.

( Pengesahan dokumen hanya boleh dibuat oleh Pengetua, Guru Besar Sekolah Kerajaan Sahaja, Penghulu Ketua Kampung, Pengawa, Tuai Rumah, Ketua Kampung atau Mukim yang bertauliah, Pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Professional (dahulunya kumpulan A), Pengamal Undang-Undang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai atau Wakil rakyat)


iv) Kaedah Permohonan Pinjaman
Pelajar yang telah mendapat tawaran kemasukan ke Politeknik Ungku Omar boleh memohon pembiayaan pendidikan PTPTN secara online melalui laman web http://www.ptptn.gov.my/gateway . Permohonan boleh dibuat sebelum mendaftar di politeknik melalui laman web tersebut.Sebelum memohon secara online pelajar dikehendaki membuka akaun simpanan Bank Islam.


v. Surat Tawaran Pinjaman dan Perjanjian PTPTN
Surat tawaran Pinjaman dan perjanjian PTPTN akan diserahkan kepada politeknik setelah PTPTN meluluskan permohonan pelajar-pelajar yang menepati syarat dan berkelayakan sahaja.
b) Pinjaman/Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam
Pinjaman/biasiswa ini akan ditawarkan melalui politeknik setelah iklan dikeluarkan dilaman web atau dipaparkan melaui jabatan masing-masing.. Biasiawa ini adalah untuk pelajar diploma sahaja.
i. Kaedah Memohon Setelah iklan adalah secara online melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.
ii. Syarat-syarat permohonan
(a) Warganegara Malaysia
(b) Umur pelajar mestilah tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan.
(c) Telah mendaftar diri untuk belajar di politeknik ini.
(d) Memperolehi sekurang-kurangnya gred C (kepujian) dalam Bahasa Melayu dan memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 mata pelajaran lain.
c) Yayasan Negeri dan Pinjaman Kerajaan Negeri.
Bagi Pinjaman Kerajaan Negeri dan Yayasan Negeri pelajar-pelajar boleh memohon sendiri melalui negeri masing-masing sebaik sahaja menerima tawaran masuk ke politeknik.
d) Lain-Lain Biasiswa Atau Pinjaman
Dari semasa ke semasa pihak Politeknik Ungku Omar akan mengeluarkan iklan atau memaklumkan kepada pelajar-pelajar melalui jabatan masing-masing jika terdapat sebarang tawaran pinjaman/biasiswa dari penaja-penaja lain atau penaja-penaja baru

Print

Cara Memohon

PENGAMBILAN
Politeknik Ungku Omar menawarkan 3 bidang pengajian iaitu:
1. Diploma
2. Diploma Lanjutan
3. Sijil Kemahiran Khas (pelajar berkeperluan Khas Masalah Pendengaran)
Calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), permohonan boleh dibuat secara talian terus melalui laman web http://upu.mohe.gov.my

Bagi calon lepasan Diploma Politeknik, Sijil Politeknik,Sijil Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi KPM, permohonan kemasukan boleh dibuat di laman web http://www.politeknik.edu.my

Bagi pelajar berkeperluan Khas (masalah Pendengaran) pula, permohonan boleh dibuat di Bahagian Pendidikan Khas KPM atau Jabatan Pelajaran Negeri

Print

Syarat Kemasukan

Bagi calon lepasan Diploma Politeknik, Sijil Politeknik,Sijil Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi KPM, syarat permohonan kemasukan boleh dilihat di laman web Politeknik.

Print

Senarai Program

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PUO

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JABATAN PERDAGANGAN
  1. Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal
  2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  4. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
  5. Diploma Kejuruteraan Mekatronik
  1. Diploma Pengajian Perniagaan
  2. Diploma Akauntasi
  3. Diploma Kewangan & Perbankan
  4. Diploma Pengurusan Peruncitan
  5. Diploma Kewangan & Perbankan Islam
  6. DIPLOMA LANJUTAN AKAUNTANSI
  7. DIPLOMA LANJUTAN KEUSAHAWANAN
  8. DIPLOMA LANJUTAN PENGURUSAN HARTA (ISLAM)
  9. SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PEMASARAN
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
    1. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
    2. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  1. Diploma Kejuruteraan Awam
  2. Diploma Seni Bina
  3. Diploma Ukur Tanah
  4. Sijil Kemahiran (Awam Pembinaan)
  5. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM DENGAN KEPUJIAN
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

 JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN

  1. Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
  2. Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
  3. Diploma Teknologi Maklumat ( Keselamatan Maklumat)
  4. Diploma Lanjutan Rangkaian
  1. Diploma Kejuruteraan Perkapalan