Dikemaskini : 06 Jan 2009, 08:16 am
A+ | A- | Reset

Menu Utama

LAMAN UTAMA
MENGENAI KAMI
JABATAN AKADEMIK
UNIT-UNIT
INFO AKADEMIK
KELAB/PERSATUAN
GALERI INFORMASI

Menu Perkhidmatan Online

APLIKASI DALAMAN
PUO INTERAKTIF
MUAT TURUN

Galeri dan Penerbitan

Galeri
Penerbitan

Sindikasi

PERUTUSAN TUAN PENGARAH POLITEKNIK UNGKU OMAR 

Image
TN. HJ. MOHAMAD JAYUS BIN HJ. BUNASIR, AMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  

   Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung laman web Politeknik Ungku Omar. Kesudian saudara-saudari melawati laman web ini amat dialu-alukan. Seiring dengan ledakan era teknologi maklumat di Alaf 2000 telah mencetuskan ilham pihak Politeknik Ungku Omar untuk mewujudkan laman web tersendiri. Politeknik Ungku Omar sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang terkenal di Malaysia ingin turut serta dalam arus kemajuan ini dengan mengambil inisiatif mewujudkan laman web ini.

   Laman web ini diwujudkan dengan tujuan memudahkan orang ramai mengenali dan mendapat gambaran sebenar tentang Politeknik Ungku Omar dengan lebih jelas.Wawasan negara kita adalah untuk menjadi sebuah negara perindustrian maju. Berteraskan matlamat inilah Politeknik Ungku Omar   menyemai cita dan azam untuk menjadi sebuah institusi utama dalam memberi pendidikan teknikal dan perdagangan yang berkualiti. Kejayaan merealisasikan graduan politeknik yang berkualiti, beretika, berdedikasi, berilmu serta komited merupakan Misi Politeknik Ungku Omar serta matlamat kerja para kakitangan Politeknik Ungku Omar.

   Setelah 36 tahun menyumbang bakti menghasilkan guna tenaga bagi negara, Politeknik Ungku Omar akan terus berusaha memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sejajar dengan gelombang kemajuan yang dialami negara. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara Politeknik Ungku Omar akan terus melahirkan graduan yang berkualiti dari pelbagai segi terutamanya akademik dan ko-kurikulum. Graduan Politeknik Ungku Omar juga dititikberatkan dengan sahsiah yang tinggi supaya mampu merenangi arus perkembangan serta komited untuk menyahut seruan dan cabaran di Alaf 2000 yang begitu mencabar dan getir. Harapan saya agar laman web Politeknik Ungku Omar ini mampu memberikan maklumat yang berfaedah kepada para pengunjungnya

"Kekuatan Dan Keamanan Melalui Teknologi"

 
  Politeknik Ungku Omar, Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak,Tel : 05-5457656/5457622 Fax : 05-5471162 
©Hakcipta Terpelihara 2008-Politeknik Ungku Omar 
 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
 Penafian : Politeknik Ungku Omar tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan laman web ini
 Untuk paparan terbaik gunakan IE 7.0 dan ke atas serta Mozilla Firefox 3.0 pada resolusi skrin 1024 x 768 pixel