Dikemaskini : 06 Jan 2009, 10:15 am
A+ | A- | Reset

Menu Utama

LAMAN UTAMA
MENGENAI KAMI
JABATAN AKADEMIK
UNIT-UNIT
INFO AKADEMIK
KELAB/PERSATUAN
GALERI INFORMASI

Menu Perkhidmatan Online

APLIKASI DALAMAN
PUO INTERAKTIF
MUAT TURUN

Galeri dan Penerbitan

Galeri
Penerbitan

Sindikasi

PENGENALAN

    Politeknik ungku omar merupakan satu-satunya institusi yang terulung di Malaysia dalam mengendalikan kursus Diploma Kejuruteraan Perkapalan. Dahulunya di kenali sebagai Kejuruteraan Mekanikal Marin.   

    Pada tahun 1972, jabatan ini dengan rasminya berdiri sendiri untuk mengendalikan kursus diploma dalam bidang kejuruteraan marin dengan nama jabatan kejururteraan perkapalan.  Sebelum jabatan kejururteraan perkapalan ini memiliki blok pentadbiran dan bilik kelas sendiri, pelajar-pelajar perkapalan di letak kan dibawah jabatan mekanikal manakala  semua peralatan dan jentera marin juga diletakkan di dalam bengkel-bengkel mekanikal sehinggalah pada Mac 1976 kesemua peralatan dan jentera-jentera marin telah di pindahkan secara berperingkat-peringkat dan selesai pada Disember 1977. Pada Mei 1978, bengkel-bengkel jabatan kejuruteraan perkapalan telah dibuka secara rasminya dan telah dirasmikan oleh Menteri pelajaran ketika itu iaitu Datuk Musa Hitam.    

    Penubuhan jabatan kejuruteraan perkapalan di asaskan bersama di antara kerajaan Malaysia dan kerajaaan Jepun di mana Malaysia di wakili oleh kementerian pendidikan dan Jepun di wakili melalui agensi kerjasama antarabangsa Jepun atau Japan International Cooperation Agency (JICA) yang bertujuan melatih dan melahirkan seorang jurutera marin yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mahir dalam industri perkapalan di Malaysia.

KEKUATAN JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN

   Sehingga kini di jabatan kejuruteraan perkapalan mempunyai seramai 26 staf yang terdiri daripada 23 staf akademik dan  4 staf bukan akademik. Pada awal penubuhan jabatan kejuruteraan perkapalan, ramai tenaga pakar dari luar khususnya dari Jepun telah di bawa masuk dan mengajar di jabatan perkapalan. Ini bertujuan untuk melatih para pelajar perkapalan dan mengisi kekurangan tenaga pengajar di jabatan perkapalan ketika itu.  

  Kini kesemua tenaga pengajar adalah terdiri dari anak tempatan yang mempunyai pengalaman yang luas dan kepakaran tinggi dalam bidang kejuruteraan perkapalan serta telah diperakui seluruh dunia. Ada dikalangan mereka adalah merupakan bekas-bekas pelajar jabatan kejuruteraan perkapalan sendiri, dimana setelah bertahun-tahun berlayar mereka ingin menaburkan jasa kepada jabatan perkapalan.

 
  Politeknik Ungku Omar, Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak,Tel : 05-5457656/5457622 Fax : 05-5471162 
©Hakcipta Terpelihara 2008-Politeknik Ungku Omar 
 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
 Penafian : Politeknik Ungku Omar tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan laman web ini
 Untuk paparan terbaik gunakan IE 7.0 dan ke atas serta Mozilla Firefox 3.0 pada resolusi skrin 1024 x 768 pixel