LAMAN WEB RASMI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK UNGKU OMAR

Anda Di Sini: Utama Info Am Maklumat Umum Biasiswa dan Pinjaman

Pengurusan Biasiswa dan Pinjaman

Pengenalan

Di Politeknik ini terdapat lebih kurang 10 jenis pinjaman/biasiswa telah disediakan untuk pelajar-pelajar. Di antaranya ialah Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Biasiswa/Pinjaman Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (Pinjaman/Biasiswa JPA), Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) KPTM, Yayasan Negeri, Pinjaman Kerajaan Negeri, Kouk Foundation Education Award dan lain-lain lagi. 

 

A) Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI PELAJAR POLITEKNIK UNGKU OMAR

  • Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara dalam talian (online) melalui Laman Web Permohonan Pembiayaan Online di alamat http://www.ptptn.gov.my.
  • Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang telah ditetapkan oleh PTPTN. Panduan tarikh untuk membuat permohonan online boleh dirujuk di dalam Laman Web PTPTN (http://www.ptptn.gov.my).
  • Pemohon perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum membuat permohonan online. (No PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PIN di (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online).
  • Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke politeknik sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
  • Pemohon  perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan online.
  • Pemohon perlu mempunyai nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
  • Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online  bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN.
  • Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan.
  1. Sediakan  2 (DUA)  set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan.
  2. Sediakan 2 (DUA) set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan.
  3. Sediakan 2 (DUA) set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Pelajar dikehendaki untuk   ditandatangan ringkas di setiap muka surat pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah dokumen berkenaan.
  4. Sediakan 2 (DUA) keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan dan hendaklah dilekatkan dengan setem hasil bernilai RM10.00 di sudut atas kanan  pada muka depan setiap set dokumen perjanjian. (RUJUK LAMPIRAN A PADA DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN PTPTN) 

 

Penerima biaya juga perlu mengemukakan bersama  SATU (1) SALINAN dokumen sokongan yang telah DISAHKAN / DITANDATANGANI seperti berikut:

  • Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di dalam laman Web Permohonan Online yang telah didaftarkan sebelum ini. - dokumen ini tidak perlu disahkan.
  • Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. Salinan fotokopi muka hadapan dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang sama.
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV). Slip transkrip keputusan peperiksaan SPM / SPMV hanya sah untuk digunakan sekiranya tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil.
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat tawaran yang diperolehi melalui cetakan internet / portal IPT perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan A daripada IPT pelajar berkenaan sahaja.
  • Salinan penyata akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Slip Deposit Bank / Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT. Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya berlaku kesilapan no akaun pada Dokumen Perjanjian Penerima Biaya.
  • Salinan Transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / Diploma / Matrikulasi/ Ijazah / Sarjana.
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja - PENJAGA PERTAMA (1).
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -PENJAGA KEDUA (2).
  • Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan -  PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya masih bekerja)
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -  PASANGAN PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya telah berkahwin)
  • Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/ Pusat Zakat sekiranya penerima bantuan bulanan dari Agensi berkenaan- PENERIMA BIAYA/ IBU BAPA KANDUNG / PENJAGA.
  • Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada Majikan. ( Bagi Penerima Biaya yang menggunakan pengalaman kerja sebagai salah satu syarat kelayakan masuk )


Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan:

  • Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan
  • Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya. (Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan  pegawai yang layak. Maklumat mengenai pegawai yang layak mengesahkan dokumen boleh didapati daripada laman web PTPTN.)

 

B) Pinjaman/Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam

Pinjaman/biasiswa ini akan ditawarkan melalui politeknik setelah iklan dikeluarkan dilaman web atau dipaparkan melalui jabatan masing-masing.. Biasiawa ini adalah untuk pelajar diploma sahaja.

  1. Kaedah Memohon Setelah iklan adalah secara online melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.
  2. Syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur pelajar mestilah tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan.
  3. Telah mendaftar diri untuk belajar di politeknik ini.
  4. Memperolehi sekurang-kurangnya gred C (kepujian) dalam Bahasa Melayu dan memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 mata pelajaran lain.

 

C) Yayasan Negeri dan Pinjaman Kerajaan Negeri.

Bagi Pinjaman Kerajaan Negeri dan Yayasan Negeri pelajar-pelajar boleh memohon sendiri melalui negeri masing-masing sebaik sahaja menerima tawaran masuk ke politeknik.

 

D) Lain-Lain Biasiswa Atau Pinjaman

Dari semasa ke semasa pihak Politeknik Ungku Omar akan mengeluarkan iklan atau memaklumkan kepada pelajar-pelajar melalui jabatan masing-masing jika terdapat sebarang tawaran pinjaman/biasiswa dari penaja-penaja lain atau penaja-penaja baru.

 

Galeri Foto

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

Penafian

Politeknik Ungku Omar tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome dengan resolusi skrin 1280 X 1024 pixel.

Pautan

mygov1Malaysia
iimmyideamampu
mscjpamqa

Pelawat

042498
Hari IniHari Ini4
SemalamSemalam34
Bulan IniBulan Ini1150
KeseluruhanKeseluruhan42498
Pelawat Online 1
......................................
Kemaskini Terakhir : 03-01-2014
Background Body
Background Color
Texture Overlays
Background Userwrap5
Background Color
Texture Overlays