

FAEDAH APEL.A
- Meningkatkan keyakinan diri dan menambahkan motivasi untuk menyambung pengajian
- Mendapatkan akses dan pengiktirafan bagi kelayakan yang lebih tinggi
- Mendokumenkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dengan lebih baik menerusi penyediaan portfolio
- Memetakan pembelajaran terdahulu dengan MQF bagi mengenal pasti tahap penilaian APEL.A yang bersesuaian
- Merancang untuk meneruskan pengajian dan pembangunan kerjaya peribadi
- Membangunkan kemahiran analitikal serta kemahiran belajar melalui proses pengambilan APEL itu sendiri
- Meningkatkan mobiliti serta kebolehpasaran
- Mengurangkan masa serta kos
PUSAT PENILAIAN APEL.A
Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu
Penilaian kebolehan individu melalui pembelajaran dan pengalaman

Program Pendidikan Tinggi Yang Meluas
13 Jabatan dengan pelbagai program yang ditawarkan seluruh Malaysia