APA ITU APEL.A?

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi tujuan Akses (Accreditation of Prior Experiential Learning for Access, APEL.A) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu untuk kemasukan ke program pengajian dalam pelbagai peringkat di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

Penilaian APEL.A Politeknik Ungku Omar dibuka untuk TIGA tahap kemasukan iaitu:

 

Calon yang lulus penilaian dan menerima Sijil APEL. A Politeknik Ungku Omar hanya boleh memohon kemasukan ke program Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Politeknik Malaysia.