SOALAN LAZIM
Maklumat di dalam ruangan Soalan Lazim ini diekstrak daripada Laman Sesawang Rasmi APEL-MQA Soalan Lazim APEL.A. Jika terdapat sebarang perbezaan maklumat di antara maklumat soalan lazim pada laman sesawang ini dengan laman sesawang APEL-MQA, sila ikut maklumat daripada laman sesawang APEL-MQA.
APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.
APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.
Permohonan dibuat secara dalam talian di https://www2.mqa.gov.my/apel_a/
Program peringkat Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)
Iaitu bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda, calon haruslah berumur 21 tahun pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.
Program peringkat Diploma (APEL T-4)
Iaitu bagi kemasukan ke program Diploma, calon haruslah berumur 20 tahun pada tahun permohonan dan mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.
Program peringkat Sijil (APEL T-3)
Iaitu bagi kemasukan ke program Sijil, calon haruslah berumur 19 tahun pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.
Semua program pengajian peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Politeknik seluruh Malaysia.
Semua program pengajian peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Politeknik seluruh Malaysia.
Calon yang lulus penilaian APEL.A boleh melanjutkan pengajian secara sepenuh masa.
Calon terima keputusan penilaian dari MQA melalui emel.
Pembayaran kepada Pusat Penilaian APEL (PPA) yang dipilih oleh pemohon:
- Sijil (APEL T-3) = RM240.00
- Diploma (APEL T-4) = RM 240.00
- Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6) = RM 370.00
(Berkuatkuasa pada 1 Januari 2024)
Tidak. Calon yang telah memperoleh sijil APEL.A Politeknik Ungku Omar hanya boleh melanjutkan pengajian di Politeknik Malaysia sahaja.
Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan APEL.A sekurang-kurangnya ENAM (6) bulan sebelum tarikh kemasukan ke Politeknik.
Tempoh sahlaku Sijil APEL.A adalah 5 tahun