SELAMAT MENYAMBUT HARI AKADEMIA 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga akademia khususnya di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) yang sentiasa menjadi tunjang dalam membentuk generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Dedikasi, ilmu, kepakaran dan komitmen para pensyarah bukan sekadar menyampaikan ilmu di bilik kuliah, malah menjadi pemangkin kepada lahirnya graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kompeten, inovatif dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.

Seiring dengan tema tahun ini iaitu β€œSinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi dalam Akademia”, marilah kita terus memperkukuh budaya ilmu, memperkasa inovasi dan menyemarakkan kecemerlangan akademia demi masa depan pendidikan tinggi negara yang lebih gemilang.

Read More

SALAM TAKZIAH

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Politeknik Ungku Omar (PUO) merakamkan ucapan salam takziah kepada ahli keluarga mendiang Ts. Dr. Ramu Velusamy atas pemergian mendiang pada 30 September 2026.

Mendiang (15 Jun 1973 – 30 September 2026) amat dihormati serta banyak menyumbang jasa dan bakti sepanjang perkhidmatan beliau di institusi ini. Semoga seluruh ahli keluarga mendiang diberikan ketabahan, kekuatan, dan ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

“Indeed, to GOD we belong and to GOD we shall return.” Rest In Peace.

Read More

KEMASUKAN SEGERA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PUO (SESI AKADEMIK I: 2026/2027)

Adakah anda sedang mencari peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda? πŸŽ“βœ¨

Politeknik Ungku Omar (PUO) kini membuka permohonan kemasukan segera bagi program berikut:

πŸ”Ή Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam dengan Kepujian

πŸ”Ή Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rantaian Bekalan) dengan Kepujian

πŸ—“οΈ Tarikh Tutup Permohonan: 5 Oktober 2026

πŸ“² Cara Memohon:

Imbas kod QR pada poster atau layari pautan Google Form untuk permohonan terus: https://forms.gle/8QsSQC2AWasn7gzYA

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi nombor telefon yang tertera di poster.

Jangan lepaskan peluang ini! Share & tag rakan-rakan anda yang ingin sambung pengajian!

Read More

PANDUAN ETIKA PEMAKAIAN & RUPA DIRI GRADUAN SEPANJANG ISTIADAT KONVOKESYEN 2026

Perhatian kepada semua bakal graduan! Sila ambil maklum bahawa kegagalan mematuhi etika pemakaian dan rupa diri yang ditetapkan boleh menyebabkan anda TIDAK DIBENARKAN masuk ke Dewan Istiadat Konvokesyen.

Pastikan anda menyemak dan mematuhi garis panduan penting ini demi kelancaran hari bahagia anda.

πŸ‘¨ GRADUAN LELAKI

πŸ‘” Pakaian: Lounge Suite – Kemeja lengan panjang (warna bebas), bertali leher warna gelap, seluar slack panjang berwarna hitam. Boleh dipakai bersama kot/blazer hitam. ATAU Baju Melayu cekak musang lengkap berwarna hitam.

πŸ‘ž Kasut & Stoking: Kasut kulit hitam bertutup penuh dan sarung kaki hitam melebihi paras buku lali (kasut sukan dilarang keras).

βœ‚οΈ Rambut: Potongan pendek, kemas, tidak berfesyen, dan tidak dibenarkan mewarnakan rambut.

πŸ‘© GRADUAN PEREMPUAN

πŸ‘— Pakaian: Baju Kurung/Baju Kurung Moden/Kebaya Labuh dengan kain tanpa belah (warna bebas). ATAU Blouse/kemeja lengan panjang (warna bebas) bersama skirt labuh paras buku lali berwarna hitam (seluar tidak dibenarkan).

πŸ§• Tudung: Wajib berwarna krim. Baju jubah dan purdah tidak dibenarkan.

πŸ‘  Kasut: Kasut bertutup penuh berwarna hitam dan bersarung kaki. Kasut tumit tinggi tidak dibenarkan.

πŸ’‡ Rambut (Bagi yang tidak bertudung): Rambut mestilah diikat kemas, tidak berwarna, dan tidak berfesyen.

πŸ‘œ Barangan & Aksesori: TIDAK DIBENARKAN membawa masuk beg tangan ke dalam dewan dan dilarang memakai aksesori perhiasan yang berlebihan.

Jom kita berikan kerjasama penuh untuk memastikan imej dan prestij institusi kita terpelihara. Sila kongsikan post ini kepada rakan-rakan graduan yang lain! πŸ‘‡

Read More

MAKLUMAN PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN PUO 2026

Tahniah kepada semua graduan Konvokesyen Kali Ke-54!

πŸ“’

 Bersempena Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Tengah 2026, para graduan Politeknik Ungku Omar (PUO) diminta hadir untuk mengambil jubah konvokesyen setelah pembayaran yuran konvokesyen diselesaikan.

πŸ—“οΈ

 Para graduan digalakkan dan diutamakan untuk mengambil jubah pada:

πŸ“

 19 & 20 September 2026

🏒

 Politeknik Ungku Omar (PUO)

Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan pada hari-hari terakhir serta membantu graduan membuat persediaan awal menjelang majlis konvokesyen.

🀝

 Graduan yang tidak dapat hadir boleh mewakilkan graduan lain untuk mengambil jubah bagi pihak mereka.

βœ…

 Tiada had bilangan pengambilan wakil yang dibenarkan.

βœ…

 Sila bawa salinan kad pengenalan graduan hardcopy/softcopy.

πŸ™

 Kerjasama dan keprihatinan semua graduan amatlah dihargai.

πŸŽ‰

 Tahniah sekali lagi kepada semua graduan. Semoga urusan konvokesyen anda dipermudahkan dan berjalan lancar.

Read More

PEMAKLUMAN PENTING: GANGGUAN TEKNIKAL TELEFON PUO

Dimaklumkan bahawa talian telefon Politeknik Ungku Omar (PUO) sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu. Oleh itu, urusan panggilan keluar dan masuk tidak dapat dilakukan pada masa ini.

Bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pelajar, mohon kerjasama anda untuk menyalurkan pertanyaan melalui emel rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) di:

πŸ“§ jhep@puo.edu.my

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran anda. Terima kasih.

Read More

KENALI TANDA KESAN JEREBU

Jerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya mata, hidung, tekak, kulit dan sistem pernafasan.

Warga Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) adalah dinasihatkan untuk terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri. Sekiranya keadaan jerebu tidak mengizinkan, hadkan aktiviti di luar bangunan dan dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan.

Ayuh, warga POLYCC sama-sama kita cakna, lindungi diri dan kekal sihat! 

πŸ’™

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Read More

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL HUBBUL WATAN PUO 2026

eluruh warga Politeknik Ungku Omar (PUO) dijemput untuk hadir bagi memeriahkan:

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

KARNIVAL HUBBUL WATAN PUO 2026

β€œCinta Rasul, Cinta Negara”

Majlis akan disempurnakan oleh:

YBrs. Dr. Hajah Salmi Binti Che Meh (B.c.n)

πŸ“… Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)

πŸ“ Tempat: Dewan Jubli Perak, PUO

⏰ Masa: 2.00 – 5.00 petang

✨ β€œMadani Dihayati, Ummah Diberkati” ✨

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis penutup ini sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW, di samping menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara dalam kalangan warga PUO.

Kehadiran dan sokongan seluruh warga Politeknik Ungku Omar amatlah dialu-alukan bagi menyerikan lagi majlis yang penuh bermakna ini.

Ayuh warga PUO!

❀️ Cinta Rasul, Cinta Negara.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bersama Menghayati Madani, Membina Ummah yang Diberkati.

Jemput hadir dan semarakkan Karnival Hubbul Watan PUO 2026! 🌹

Read More