JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL HUBBUL WATAN PUO 2026

eluruh warga Politeknik Ungku Omar (PUO) dijemput untuk hadir bagi memeriahkan:

🇲🇾 MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

KARNIVAL HUBBUL WATAN PUO 2026

“Cinta Rasul, Cinta Negara”

Majlis akan disempurnakan oleh:

YBrs. Dr. Hajah Salmi Binti Che Meh (B.c.n)

📅 Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)

📍 Tempat: Dewan Jubli Perak, PUO

⏰ Masa: 2.00 – 5.00 petang

✨ “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” ✨

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis penutup ini sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW, di samping menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara dalam kalangan warga PUO.

Kehadiran dan sokongan seluruh warga Politeknik Ungku Omar amatlah dialu-alukan bagi menyerikan lagi majlis yang penuh bermakna ini.

Ayuh warga PUO!

❤️ Cinta Rasul, Cinta Negara.

🇲🇾 Bersama Menghayati Madani, Membina Ummah yang Diberkati.

Jemput hadir dan semarakkan Karnival Hubbul Watan PUO 2026! 🌹

Read More

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi Tahniah & Syabas diucapkan kepada Mejar (K) Dr. Hajah Salmi binti Che Meh B.C.N, Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO) atas penerimaan Pertauliahan Pangkat Mejar Kehormat bagi Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perak.

Pertauliahan berprestij ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi yang mempamerkan komitmen, kepimpinan, serta sumbangan berterusan beliau bukan sahaja dalam bidang pendidikan dan pembangunan TVET, malah dalam menyokong agenda pertahanan serta kesukarelawanan negara.

Seluruh warga PUO mendoakan semoga Dr. Hajah Salmi sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, dan terus cemerlang memacu PUO ke mercu kejayaan! 

Semoga Terus Cemerlang!

Read More

KARNIVAL KERJAYA LINDUNG MYFUTUREJOBS @ PUO 2026

Peluang kerjaya terbuka untuk SEMUA ORANG AWAM (PUBLIC)! Sertai temuduga terbuka pada ketetapan berikut:

📌 Maklumat Sesi:

Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Lokasi: Dewan Jubli Perak, Kampus A, Politeknik Ungku Omar, Ipoh

📄 Daftar Slot Temuduga:

https://careerfair.myfuturejobs.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php?id=NTQ3MA==

📑 Dokumen Yang Perlu Dibawa:

– Resume terkini

– Salinan Kad Pengenalan

– Salinan Sijil SPM / SKM / Diploma / Ijazah

– Alat Tulis

📞 Pertanyaan:

– En. Izzuddin (019-6433785)

– En. Thesigan (019-6031871)

Jangan lupa share berita baik ini kepada yang memerlukan!

Read More

SEBUTHARGA

SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETERIA A DI POLITEKNIK UNGKU OMAR (KAMPUS ASTRA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK PAUTAN INI:

PUO/SH(S)/01/2026

SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETERIA B DI POLITEKNIK UNGKU OMAR (KAMPUS ASTRA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK PAUTAN INI:

PUO/SH(S)/02/2026

SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETERIA D DI POLITEKNIK UNGKU OMAR (KAMPUS ASTRA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK PAUTAN INI:

PUO/SH(S)/03/2026

Read More

HEBAHAN LAMAN e-RUBRIC

Kumpulan EMERCE dari Jabatan Perdagangan telah terpilih bagi mewakili Politeknik Ungku Omar (PUO) ke Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan, iaitu Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif 2026. Pertandingan ini dijadualkan berlangsung daripada 13 hingga 15 Julai 2026 bertempat di Politeknik Seberang Perai.

Pautan laman sesawang inovasi e-Rubric, adalah seperti di bawah:

https://sites.google.com/polycc.edu.my/polycluster/utama 

Tahniah diucapkan dan Selamat Maju Jaya.

Read More

MEDIA SOSIAL PUO

​Jangan ketinggalan untuk dapatkan maklumat terkini, intip aktiviti kampus yang best, dan tengok kejayaan warga PUO di semua platform media sosial rasmi kami.

​Klik butang Follow sekarang!

Jom terokai dunia PUO bersama-sama. ✨

Read More

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN SESI I 2026/2027 🎓✨

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Program Asasi Teknologi Kejuruteraan, Sesi I 2026/2027 ke Politeknik Ungku Omar (PUO)!

Langkah pertama anda ke arah membina masa depan dalam bidang kejuruteraan bermula di sini. Jadikan peluang ini sebagai medan untuk menimba ilmu, mengasah bakat, dan menjadi pencipta masa depan yang gemilang.

Kami di PUO sedia membantu dan menyokong perjalanan akademik anda. Selamat maju jaya!💪🔥

Read More

MAJLIS PENUTUP 17th MALAYSIAN POLYTECHNIC TERRITORIAL ARMY ANNUAL CAMP (MALPTAAC)

Ayuh bersama-sama kita memberikan sokongan padu kepada para wira dan wirawati negara di Majlis Penutup 17th Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC)!

Setelah mengharungi latihan yang menguji mental dan fizikal, kini tibalah masanya untuk meraikan keberhasilan dan semangat juang tinggi para perwira muda kita.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

🗓️

 Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)

⏰

 Masa: 09:00 AM – 01:00 PM

📍

 Tempat: Padang Astaka, Politeknik Ungku Omar (PUO)

Pelbagai aturcara menarik menanti termasuk gimik penutupan & penyerahan bendera MALPTAAC, dan perbarisan penuh bersemangat. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan detik bersejarah ini!

Jumpa anda di sana!

Read More