SALAM TAKZIAH | INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

​Seluruh pengurusan tertinggi, warga kerja, dan pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga Allahyarham Sarafuddin B. Alang Osman, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, PUO yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.

​Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh warga PUO, khususnya Jabatan Kejuruteraan Perkapalan.

Segala jasa, bakti, dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Allahyarham sepanjang berkhidmat di institusi ini akan sentiasa dikenang.

​Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

​”Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.”

​Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah dan sabar menempuhi ujian yang berat ini. Al-Fatihah.

​Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi & Warga Politeknik Ungku Omar