SEBUTHARGA
KERJA-KERJA MENAIKTARAF PADANG/RUANG TERBUKA KEPADA FASILITI MERENTAS HALANGAN TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK UNGKU OMAR
KERJA-KERJA MENAIKTARAF PADANG/RUANG TERBUKA KEPADA FASILITI MERENTAS HALANGAN TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK UNGKU OMAR
SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETERIA A DI POLITEKNIK UNGKU OMAR (KAMPUS ASTRA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK PAUTAN INI:
SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETERIA B DI POLITEKNIK UNGKU OMAR (KAMPUS ASTRA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK PAUTAN INI:
SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETERIA D DI POLITEKNIK UNGKU OMAR (KAMPUS ASTRA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK PAUTAN INI:
Kumpulan EMERCE dari Jabatan Perdagangan telah terpilih bagi mewakili Politeknik Ungku Omar (PUO) ke Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan, iaitu Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif 2026. Pertandingan ini dijadualkan berlangsung daripada 13 hingga 15 Julai 2026 bertempat di Politeknik Seberang Perai.
Pautan laman sesawang inovasi e-Rubric, adalah seperti di bawah:
https://sites.google.com/polycc.edu.my/polycluster/utama
Tahniah diucapkan dan Selamat Maju Jaya.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan maklumat terkini, intip aktiviti kampus yang best, dan tengok kejayaan warga PUO di semua platform media sosial rasmi kami.
Klik butang Follow sekarang!
Jom terokai dunia PUO bersama-sama. ![]()

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN SESI I 2026/2027 🎓✨
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Program Asasi Teknologi Kejuruteraan, Sesi I 2026/2027 ke Politeknik Ungku Omar (PUO)!
Langkah pertama anda ke arah membina masa depan dalam bidang kejuruteraan bermula di sini. Jadikan peluang ini sebagai medan untuk menimba ilmu, mengasah bakat, dan menjadi pencipta masa depan yang gemilang.
Kami di PUO sedia membantu dan menyokong perjalanan akademik anda. Selamat maju jaya!💪🔥

Ayuh bersama-sama kita memberikan sokongan padu kepada para wira dan wirawati negara di Majlis Penutup 17th Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC)!
Setelah mengharungi latihan yang menguji mental dan fizikal, kini tibalah masanya untuk meraikan keberhasilan dan semangat juang tinggi para perwira muda kita.
Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)
️

Masa: 09:00 AM – 01:00 PM

Tempat: Padang Astaka, Politeknik Ungku Omar (PUO)
Pelbagai aturcara menarik menanti termasuk gimik penutupan & penyerahan bendera MALPTAAC, dan perbarisan penuh bersemangat. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan detik bersejarah ini!
Jumpa anda di sana!

Perhatian kepada semua calon pelajar, ibu bapa, dan penjaga.
Bagi sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan pendaftaran dan kemasukan ke Politeknik Ungku Omar, anda kini boleh terus menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) melalui talian alternatif khas atau emel rasmi seperti berikut:

Talian Direct (WhatsApp/Call): 011-62557656

Emel Rasmi: jhep@puo.edu.my
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sebelum ini dan amat menghargai kerjasama serta kesabaran anda.

Sejak keputusan ambilan diumumkan, talian Politeknik Ungku Omar (PUO) menerima lambakan panggilan (high volume) luar biasa setiap hari. Kami cuba sedaya upaya untuk bantu semua.

Tips Penting: Jawapan Sebenarnya Dah Ada di Hujung Jari!
Majoriti persoalan berkaitan semakan, rayuan, pendaftaran, dan pengesahan tawaran sebenarnya sudah diperincikan sepenuhnya secara dalam talian.
Sebelum mendail talian kami, mohon ibu bapa dan bakal pelajar untuk:

Semak Dahulu: Layari portal rasmi di


Budayakan Membaca: Amalan membaca maklumat sedia ada sangat membantu melancarkan urusan semua pihak.

Permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik bagi Sesi Akademik I 2026/2027 kini dibuka
