SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (POLYCC) SESI I 2026/2027 TELAH DIBUKA!

Tahniah kepada semua calon yang telah memohon melalui UPUOnline! Kini tiba masa untuk menyemak keputusan kemasukan anda ke Politeknik & Kolej Komuniti (POLYCC) bagi Sesi I 2026/2027.

✅

 Calon berjaya
Sila buat Pengesahan Setuju Terima Tawaran mengikut tempoh yang ditetapkan.

❗

 Calon tidak berjaya
Jangan putus asa! Anda masih berpeluang membuat Permohonan Rayuan bermula 25 Mei 2026 di portal https://ambilan.mypolycc.edu.my

🗓️

 Tarikh semakan keputusan:
22 Mei 2026 (Jumaat)

🕛

 Mulai jam 12.00 tengah hari

🔗

 Semakan keputusan boleh dibuat melalui:
• http://upu.mohe.gov.my
• Portal IPT berkaitan

💡

 Masa depan bermula dengan pilihan yang tepat. Jadikan POLYCC sebagai langkah pertama menuju kemahiran, ilmu dan kerjaya impian anda.

Read More

TAHNIAH PUO

Tahniah di ucapkan kepada Politeknik Ungku Omar kerana terpilih sebagai Top 4 Politeknik Terbaik AKKPT 2025 serta membawa pulang wang ganjaran yang bernilai RM25,000!

Tahniah sekali lagi diucapkan. Fly high PUO!

Read More

PELAJAR PUO RANGKUL ANUGERAH TVET STAR POLYCC 2025

Siapa kata TVET bukan pilihan utama? 🏅✨

Kenali Haikal Haqimi, bintang seni bina dari PUO yang baru sahaja merangkul Anugerah TVET STAR POLYCC 2025! 🌟

Bukan setakat hebat dalam design bangunan, Haikal juga merupakan pelajar cemerlang dengan CGPA 3.80 dan pakar teknologi moden. Inilah bukti mahasiswa PUO sentiasa kompetitif dan bersedia untuk industri! 🏗️💪

Tahniah Haikal! Terus terbang tinggi! ✈️🔥

Read More

MOH KOME KE RERUAI POLYCC

POLYCC @ KHEMAH TVET (ZON C) DI PROGRAM MADANI RAKYAT (PMR) 2026 PERAK

Atenya, kome udah ke bersedie untuk Program MADANI Rakyat kali ini di Meru Perak tu?

Moh le beramai-ramai hadir ke PMR 2026 Perak pada ketetapan di bawah.

🗓️

 03 – 05 April 2026 (Jumaat – Ahad)

⏰

 9.00 pagi – 10.00 malam (Jumaat & Sabtu)

⏰

 9.00 pagi – 6.00 petang (Ahad)

📍

 Bulatan Sultan Azlan Shah,
Persiaran Meru Raya,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Nanti kite boleh ngopi sesame sambil buat aktiviti menarik lain juge.

Mike mari datang jumpe POLYCC di Khemah TVET – Zon C ye.

Teman nunggu kome!

Facebook POLYCCOfficial
https://www.facebook.com/share/p/1HKYhcpJ2r/

Instagram POLYCCOfficial
https://www.instagram.com/p/DWnH-MojFax/…

Tiktok POLYCCOfficial
https://vt.tiktok.com/ZSH6CBcNd/

Read More

TAHNIAH SPM 2025

Tahniah kepada semua pelajar atas pencapaian dalam SPM 2025.

Ini adalah permulaan kepada perjalanan masa depan yang lebih gemilang.

Ayuh jadikan POLYCC sebagai pilihan utama anda.

TVET bukan lagi plan B.
TVET adalah masa depan dan menjadi antara laluan utama dalam membina kerjaya berkemahiran tinggi.

Semak potensi anda bersama kami hari ini di pautan https://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp

Ikhlas daripada;
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC

Read More

SEBUTHARGA

KERJA-KERJA NAIK TARAF MAKMAL FIZIK BAGI PROGRAM ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI POLITEKNIK UNGKU OMAR

UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK PAUTAN INI:

PUO/SH/16/2026

Read More

KARNIVAL JOM MASUK UNIVERSITI (JMU) 2026 ZON TENGAH I

Semua pelajar, guru, ibu bapa dan orang ramai dijemput menyertai karnival ini bagi mendapatkan maklumat lengkap kemasukan ke Universiti Awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan MARA BPT pada ketetapan berikut:

🗓️ 16 – 17 Mac 2026 (Isnin-Selasa)

⏰9.00 pagi – 4.00 petang

💻Klik pada pautan berikut untuk terus ke reruai virtual POLYCC: https://univirtual-visitor-6617536191.asia-southeast1.run…

✨ Pelbagai pengisian menarik menanti anda:

🎓 Perkongsian Alumni Berjaya

📚 Masterclass Kaunselor Kebangsaan

🎙 Podcast KPT

💬 Sembang Santai IPT bersama edufluencer

🕌 Slot Tazkirah Ramadan

👩🏻‍💻 Konsultansi terus dengan wakil universiti

📲 Jangan lepaskan peluang ini. Rancang masa depan pendidikan anda bersama POLYCC.

Read More