MEDIA SOSIAL PUO
Jangan ketinggalan untuk dapatkan maklumat terkini, intip aktiviti kampus yang best, dan tengok kejayaan warga PUO di semua platform media sosial rasmi kami.
Klik butang Follow sekarang!
Jom terokai dunia PUO bersama-sama. ![]()

Jangan ketinggalan untuk dapatkan maklumat terkini, intip aktiviti kampus yang best, dan tengok kejayaan warga PUO di semua platform media sosial rasmi kami.
Klik butang Follow sekarang!
Jom terokai dunia PUO bersama-sama. ![]()

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN SESI I 2026/2027 🎓✨
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Program Asasi Teknologi Kejuruteraan, Sesi I 2026/2027 ke Politeknik Ungku Omar (PUO)!
Langkah pertama anda ke arah membina masa depan dalam bidang kejuruteraan bermula di sini. Jadikan peluang ini sebagai medan untuk menimba ilmu, mengasah bakat, dan menjadi pencipta masa depan yang gemilang.
Kami di PUO sedia membantu dan menyokong perjalanan akademik anda. Selamat maju jaya!💪🔥

Ayuh bersama-sama kita memberikan sokongan padu kepada para wira dan wirawati negara di Majlis Penutup 17th Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC)!
Setelah mengharungi latihan yang menguji mental dan fizikal, kini tibalah masanya untuk meraikan keberhasilan dan semangat juang tinggi para perwira muda kita.
Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)
️

Masa: 09:00 AM – 01:00 PM

Tempat: Padang Astaka, Politeknik Ungku Omar (PUO)
Pelbagai aturcara menarik menanti termasuk gimik penutupan & penyerahan bendera MALPTAAC, dan perbarisan penuh bersemangat. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan detik bersejarah ini!
Jumpa anda di sana!

Perhatian kepada semua calon pelajar, ibu bapa, dan penjaga.
Bagi sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan pendaftaran dan kemasukan ke Politeknik Ungku Omar, anda kini boleh terus menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) melalui talian alternatif khas atau emel rasmi seperti berikut:

Talian Direct (WhatsApp/Call): 011-62557656

Emel Rasmi: jhep@puo.edu.my
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sebelum ini dan amat menghargai kerjasama serta kesabaran anda.

​Sejak keputusan ambilan diumumkan, talian Politeknik Ungku Omar (PUO) menerima lambakan panggilan (high volume) luar biasa setiap hari. Kami cuba sedaya upaya untuk bantu semua.

Tips Penting: Jawapan Sebenarnya Dah Ada di Hujung Jari!
Majoriti persoalan berkaitan semakan, rayuan, pendaftaran, dan pengesahan tawaran sebenarnya sudah diperincikan sepenuhnya secara dalam talian.
​Sebelum mendail talian kami, mohon ibu bapa dan bakal pelajar untuk:

Semak Dahulu: Layari portal rasmi di


Budayakan Membaca: Amalan membaca maklumat sedia ada sangat membantu melancarkan urusan semua pihak.

Permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik bagi Sesi Akademik I 2026/2027 kini dibuka

Sila layari Facebook Page Politeknik Ungku Omar untuk keterangan lanjut
Link : https://www.facebook.com/reel/2185342452225865

SALAM TAKZIAH | INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN
​Seluruh pengurusan tertinggi, warga kerja, dan pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga Allahyarham Sarafuddin B. Alang Osman, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, PUO yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.
​Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh warga PUO, khususnya Jabatan Kejuruteraan Perkapalan.
Segala jasa, bakti, dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Allahyarham sepanjang berkhidmat di institusi ini akan sentiasa dikenang.
​Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.
​”Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.”
​Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah dan sabar menempuhi ujian yang berat ini. Al-Fatihah.
​Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi & Warga Politeknik Ungku Omar

​”Perjalanan Seribu Batu Bermula Dari Langkah Pertama.”
​Politeknik Ungku Omar (PUO) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua calon yang telah berjaya menerima tawaran kemasukan ke PUO sempena Pengumuman Keputusan UPU!


​Anda kini terpilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar politeknik pertama dan terunggul di Malaysia. Kami amat berbangga dan tidak sabar untuk menyambut kehadiran anda semua ke kampus bumi bertuah ini.
​

Mengapa PUO Menjadi Pilihan Tepat Anda?
​

Institusi Apex: Pelopor pendidikan TVET yang melahirkan graduan holistik dan berkualiti tinggi.
​

Future-Ready: Melangkah ke alam industri dengan kemahiran praktikal yang relevan dan berdaya saing.
​

Komuniti Dinamik: Persekitaran kampus yang kondusif untuk anda melakar kejayaan dan membina masa depan yang gemilang.
​

Langkah Seterusnya Untuk Anda:
​Semak & Sahkan: Sila buat pengesahan setuju terima tawaran anda melalui portal rasmi UPU dalam tempoh yang ditetapkan.
​Muat Turun Dokumen: Dapatkan surat tawaran rasmi dan panduan pendaftaran bagi persediaan fizikal dan mental anda.
​Ikuti Kami: Pastikan anda sentiasa mengikuti media sosial rasmi PUO untuk mendapatkan update terkini mengenai tarikh pendaftaran dan minggu suai kenal.
​Bersama-sama kita merekayasa masa hadapan. Ayuh lakar potensi diri anda yang sebenar di sini!
​Jumpa anda tidak lama lagi!


