MAKLUMAN PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN PUO 2026

Tahniah kepada semua graduan Konvokesyen Kali Ke-54!

📢

 Bersempena Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Tengah 2026, para graduan Politeknik Ungku Omar (PUO) diminta hadir untuk mengambil jubah konvokesyen setelah pembayaran yuran konvokesyen diselesaikan.

🗓️

 Para graduan digalakkan dan diutamakan untuk mengambil jubah pada:

📍

 19 & 20 September 2026

🏢

 Politeknik Ungku Omar (PUO)

Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan pada hari-hari terakhir serta membantu graduan membuat persediaan awal menjelang majlis konvokesyen.

🤝

 Graduan yang tidak dapat hadir boleh mewakilkan graduan lain untuk mengambil jubah bagi pihak mereka.

✅

 Tiada had bilangan pengambilan wakil yang dibenarkan.

✅

 Sila bawa salinan kad pengenalan graduan hardcopy/softcopy.

🙏

 Kerjasama dan keprihatinan semua graduan amatlah dihargai.

🎉

 Tahniah sekali lagi kepada semua graduan. Semoga urusan konvokesyen anda dipermudahkan dan berjalan lancar.

Read More

PEMAKLUMAN PENTING: GANGGUAN TEKNIKAL TELEFON PUO

Dimaklumkan bahawa talian telefon Politeknik Ungku Omar (PUO) sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu. Oleh itu, urusan panggilan keluar dan masuk tidak dapat dilakukan pada masa ini.

Bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pelajar, mohon kerjasama anda untuk menyalurkan pertanyaan melalui emel rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) di:

📧 jhep@puo.edu.my

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran anda. Terima kasih.

Read More

KENALI TANDA KESAN JEREBU

Jerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya mata, hidung, tekak, kulit dan sistem pernafasan.

Warga Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) adalah dinasihatkan untuk terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri. Sekiranya keadaan jerebu tidak mengizinkan, hadkan aktiviti di luar bangunan dan dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan.

Ayuh, warga POLYCC sama-sama kita cakna, lindungi diri dan kekal sihat! 

💙

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Read More

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL HUBBUL WATAN PUO 2026

eluruh warga Politeknik Ungku Omar (PUO) dijemput untuk hadir bagi memeriahkan:

🇲🇾 MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

KARNIVAL HUBBUL WATAN PUO 2026

“Cinta Rasul, Cinta Negara”

Majlis akan disempurnakan oleh:

YBrs. Dr. Hajah Salmi Binti Che Meh (B.c.n)

📅 Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)

📍 Tempat: Dewan Jubli Perak, PUO

⏰ Masa: 2.00 – 5.00 petang

✨ “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” ✨

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis penutup ini sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW, di samping menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara dalam kalangan warga PUO.

Kehadiran dan sokongan seluruh warga Politeknik Ungku Omar amatlah dialu-alukan bagi menyerikan lagi majlis yang penuh bermakna ini.

Ayuh warga PUO!

❤️ Cinta Rasul, Cinta Negara.

🇲🇾 Bersama Menghayati Madani, Membina Ummah yang Diberkati.

Jemput hadir dan semarakkan Karnival Hubbul Watan PUO 2026! 🌹

Read More