SELAMAT MENYAMBUT HARI AKADEMIA 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga akademia khususnya di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) yang sentiasa menjadi tunjang dalam membentuk generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Dedikasi, ilmu, kepakaran dan komitmen para pensyarah bukan sekadar menyampaikan ilmu di bilik kuliah, malah menjadi pemangkin kepada lahirnya graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kompeten, inovatif dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.

Seiring dengan tema tahun ini iaitu “Sinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi dalam Akademia”, marilah kita terus memperkukuh budaya ilmu, memperkasa inovasi dan menyemarakkan kecemerlangan akademia demi masa depan pendidikan tinggi negara yang lebih gemilang.

Read More