FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2026

Bersedia untuk menyaksikan himpunan idea, kreativiti, penyelidikan dan inovasi yang bakal mencetus inspirasi serta membuka peluang baharu dalam dunia teknologi dan pendidikan tinggi.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi ๐—œ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฎ๐—ง๐—ฒ๐—ฐ๐—ต: ๐—œ๐—ป๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฆ๐—ต๐—ผ๐˜„๐—ฐ๐—ฎ๐˜€๐—ฒ dan meneroka pelbagai hasil inovasi serta teknologi yang membentuk landskap masa hadapan.

๐Ÿ“… ๐Ÿญ๐Ÿณโ€“๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ก๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ฎโ€“๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€)

โฐ ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ โ€“ ๐Ÿฒ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด

๐Ÿ“ ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฟ๐—ฎ ๐—•, ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ (๐—ฃ๐—œ๐—–๐—–)

Nak tahu lebih lanjut tentang FOI 2026?

Layari https://putrajayafoi.mohe.gov.my/

Read More

SELAMAT DATANG

HARINYA TELAH TIBA. SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA PARA AUDITOR SIRIM QAS

Warga Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan berbesar hati mengucapkan Selamat Datang kepada barisan Auditor SIRIM QAS yang hadir bagi melaksanakan Sesi Audit Surveillance II QMS ISO 9001 : 2015 di Politeknik Ungku Omar.

๐Ÿ“…

Tarikh: 02 & 03 November 2026

๐Ÿ“

Tempat: Politeknik Ungku Omar

Semoga proses pengauditan ini berjalan dengan lancar serta dapat terus memperkasakan kecemerlangan sistem pengurusan kualiti di institusi ini. Kerjasama dan komitmen padu daripada seluruh warga PUO amat dihargai.

#PoliteknikUngkuOmar
#SIRIMQAS
#ISO90012015

Read More

SELAMAT MENYAMBUT HARI AKADEMIA 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga akademia khususnya di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) yang sentiasa menjadi tunjang dalam membentuk generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Dedikasi, ilmu, kepakaran dan komitmen para pensyarah bukan sekadar menyampaikan ilmu di bilik kuliah, malah menjadi pemangkin kepada lahirnya graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kompeten, inovatif dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.

Seiring dengan tema tahun ini iaitu โ€œSinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi dalam Akademiaโ€, marilah kita terus memperkukuh budaya ilmu, memperkasa inovasi dan menyemarakkan kecemerlangan akademia demi masa depan pendidikan tinggi negara yang lebih gemilang.

Read More

PEMAKLUMAN PENTING: GANGGUAN TEKNIKAL TELEFON PUO

Dimaklumkan bahawa talian telefon Politeknik Ungku Omar (PUO) sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu. Oleh itu, urusan panggilan keluar dan masuk tidak dapat dilakukan pada masa ini.

Bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pelajar, mohon kerjasama anda untuk menyalurkan pertanyaan melalui emel rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) di:

๐Ÿ“ง jhep@puo.edu.my

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran anda. Terima kasih.

Read More

KENALI TANDA KESAN JEREBU

Jerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya mata, hidung, tekak, kulit dan sistem pernafasan.

Warga Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) adalah dinasihatkan untuk terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri. Sekiranya keadaan jerebu tidak mengizinkan, hadkan aktiviti di luar bangunan dan dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan.

Ayuh, warga POLYCC sama-sama kita cakna, lindungi diri dan kekal sihat! 

๐Ÿ’™

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Read More

HEBAHAN LAMAN e-RUBRIC

Kumpulan EMERCE dari Jabatan Perdagangan telah terpilih bagi mewakili Politeknik Ungku Omar (PUO) ke Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan, iaitu Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif 2026. Pertandingan ini dijadualkan berlangsung daripada 13 hingga 15 Julai 2026 bertempat di Politeknik Seberang Perai.

Pautan laman sesawang inovasi e-Rubric, adalah seperti di bawah:

https://sites.google.com/polycc.edu.my/polycluster/utama 

Tahniah diucapkan dan Selamat Maju Jaya.

Read More

MEDIA SOSIAL PUO

โ€‹Jangan ketinggalan untuk dapatkan maklumat terkini, intip aktiviti kampus yang best, dan tengok kejayaan warga PUO di semua platform media sosial rasmi kami.

โ€‹Klik butang Follow sekarang!

Jom terokai dunia PUO bersama-sama. โœจ

Read More