Jerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya mata, hidung, tekak, kulit dan sistem pernafasan.

Warga Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) adalah dinasihatkan untuk terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri. Sekiranya keadaan jerebu tidak mengizinkan, hadkan aktiviti di luar bangunan dan dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan.

Ayuh, warga POLYCC sama-sama kita cakna, lindungi diri dan kekal sihat! 

💙

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia