Dimaklumkan bahawa talian telefon Politeknik Ungku Omar (PUO) sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu. Oleh itu, urusan panggilan keluar dan masuk tidak dapat dilakukan pada masa ini.
Bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pelajar, mohon kerjasama anda untuk menyalurkan pertanyaan melalui emel rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) di:
jhep@puo.edu.my
Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran anda. Terima kasih.

