EMERCE RAIH EMAS & TEMPAT KETIGA HBKIK 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Tahniah diucapkan kepada Pasukan EMERCE daripada Jabatan Perdagangan, Politeknik Ungku Omar (PUO) atas kejayaan membanggakan apabila berjaya merangkul Pingat Emas dan muncul Tempat Ketiga dalam Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan sempena Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif (HBKIK) 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 13 hingga 15 Julai 2026 di Politeknik Seberang Prai.
Pasukan EMERCE yang terdiri daripada En. Hashamuddin Yaakob, Pn. Nor Husna Shafini Nor Bashah, Pn. Siti Aishah Ali, Pn. Haszlina Hashim, Pn. Noor Rahayu Mohd Salleh dan Pn. Thilagavathy Apadore berjaya mencipta kecemerlangan menerusi pembangunan e-Rubric, iaitu sistem penilaian digital berasaskan rubrik yang menyokong penyampaian perkhidmatan lebih cekap, sistematik dan berkualiti!
Kejayaan ini membuktikan komitmen warga PUO dalam membudayakan inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan, selaras dengan aspirasi PUO ke arah Politeknik APEX serta memperkukuh kecemerlangan TVET negara.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan PUO, seluruh warga Jabatan Perdagangan dan semua pihak yang telah memberikan sokongan sehingga kejayaan ini direalisasikan.
Tahniah dan syabas, Pasukan EMERCE! Terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama PUO di persada nasional



























