Musim cuaca panas sekarang membuatkan haiwan berbisa seperti ular mula keluar dari habitat asal mereka untuk mencari tempat yang lebih redup. Rumah kita mahupun kawasan sekitar kampus Politeknik Ungku Omar (PUO) tidak terkecuali daripada risiko ini.
Jika anda terserempak dengan haiwan berbisa di kawasan kampus, pastikan anda tahu SOP Keselamatan ini:
Jangan Dekati atau Sentuh! Kekalkan jarak selamat dan beralih ke tempat yang selamat.
Maklumkan Pegawai Keselamatan. Segera laporkan penemuan kepada Unit Keselamatan atau JKKP PUO.
Kawalan Kawasan. Tanda amaran akan dipasang sementara menunggu bantuan pakar tiba.
Tindakan Kecemasan. Operasi menangkap hanya dilakukan oleh agensi pakar (APM / PERHILITAN).
Bagaimana jika berlaku kecemasan dipatuk ular?
1. Hubungi talian kecemasan 999 dengan segera.
2. Bertenang dan hadkan pergerakan anggota badan yang dipatuk untuk mengelakkan bisa merebak dengan cepat.
3. JANGAN sesekali menyedut tempat dipatuk atau menggunakan tourniquet.
4. Cuba kenal pasti atau ambil gambar ular tersebut (jika selamat) untuk rujukan pihak hospital.
Sama-sama kita jaga keselamatan warga PUO. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan rumput dipotong secara berkala! ![]()



