EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM

LATAR BELAKANG
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Perundingan Malaysia (MAMPU) pada Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih releven kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
Politeknik Ungku Omar (PUO) memulakan langkah ke arah pelaksanaan dan pembudayaan amalan EKSA bermula tahun 2018. Pelantikan AJK Induk telah diwujudkan bagi memperkenalkan EKSA kepada seluruh warga PUO. Pelbagai aktiviti mula dijalankan bagi memantapkan lagi pelaksanaan EKSA. Sehingga kini, 15 zon EKSA telah diwujudkan di PUO dengan keluasan lokasi sebesar 55.8 ekar. Pada penghujung tahun 2021, PUO mula memulakan langkah ke arah pensijilan EKSA.

Previous
Next