Anjung Premier

Anjung Premier merupakan satu kemudahan penginapan untuk latihan yang kondusif di kampus Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Anjung Premier menyediakan 12 bilik penginapan yang berhawa dingin dan selesa berserta dengan kemudahan-kemudahan kursus seperti bilik seminar, bilik mesyuarat dan dewan kuliah yang dilengkapi dengan LCD projector, LCD screen, tv LCD dan conference system.

Bilik-bilik penginapan dilengkapi dengan tv LCD dan peti sejuk serta kawasan meletak kereta yang luas dan selamat.

Lokasinya di kampus PUO yang terletak di tengah bandar Ipoh menjadikan Anjung Premier pusat yang amat sesuai untuk menjalani kursus dan latihan.

Kadar pakej yang dikenakan adalah berpatutan dan kompetatif.

Description: Temporary accommodations for short stay at Anjung Premier are also made available for you. Click on the packages available to know more.