01. Saya telah menamatkan pengajian di PUO, apakah cara-cara untuk memohon sijil diploma / ijazah sarjana Muda memandangkan saya memerlukan sijil-sijil ini bagi tujuan permohonan kerja?

Anda boleh terus hadir ke Unit Penilaian dan Peperiksaan, Kampus B, PUO dengan membuat temujanji di portal iaitu: https://upep.mypolytech.com/tempahan-temujanji-walk-in/ terlebih dahulu serta membawa:

1. Bukti pembayaran
2. Cetakan dokumen temujanji

Waktu dan hari kehadiran adalah bermula pada jam 9.00 pagi – 11.30 pagi / 3.00 petang – 4.30 petang pada setiap hari bekerja.

02. Bagaimanakah kaedah permohonan kemasukan ke Politeknik KPT?

Anda boleh klik pada pautan ini –
http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp

03. Di manakah lokasi PUO?

04. Bolehkah saya atau jabatan / agensi menyewa dewan di Politeknik Ungku Omar?

Penggunaan dewan adalah diutamakan untuk kegunaan PUO terlebih dahulu. Sewaan akan ditetapkan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Pekeliling Kewangan yang sedang berkuatkuasa. Keutamaan sewaan akan diberikan untuk kegunaan Jabatan/Agensi Kerajaan.

05. Berapakah yuran kemasukan ke politeknik bagi program Asasi TVET, sijil, diploma atau ijazah?

i. Bayaran yuran pelajar baharu Sijil Kemahiran, Diploma dan Sarjana Muda adalah seperti berikut:

    i. Yuran Pengajian : RM200.00 per semester
   ii. Yuran Asrama : RM630.00 per semester
  iii. Bayaran kad pelajar dan Insuran: RM50.00

ii. Bayaran yuran pelajar baharu Asasi TVET adalah seperti berikut:

     i. Yuran Pengajian : RM200.00 per semester
    ii. Yuran Asrama : RM60.00 per semester
   iii. Bayaran kad pelajar dan Insuran: RM50.00

06. Berapa kalikah dalam setahun permohonan kemasukan ke PUO dibuka?

Terdapat 2 kali kemasukan setahun.

Untuk Sesi I :

     Asasi TVET dan Diploma = Februari – Mei
     Sarjana Muda = Mei- Julai

Untuk Sesi II :

     Diploma = Oktober

07. Bilakah tarikh pendaftaran pelajar baharu yang ditawarkan di Politekknik Ungku Omar bagi Sesi I 2023/2024?

Asasi TVET = 24 Julai 2023

Sijil Kemahiran Pembinaan Awam dan Diploma = 19 dan 20 Ogos 2023

(calon boleh rujuk pada surat tawaran masing-masing)

Sarjana Muda = 04 September 2023

08. Adakah Politeknik Ungku menyediakan asrama kepada pelajar?

Politeknik Ungku Omar menyediakan kemudahan asrama dan pelajar baharu yang ditawarkan di Politeknik Ungku Omar WAJIB untuk tinggal di asrama selama 2 semester pengajian.

09. Apakah program yang ditawarkan di Politeknik Ungku Omar?

1. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
2. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) dengan Kepujian
3. Diploma Kejuruteraan Awam
4. Diploma Seni Bina
5. Diploma Geomatik
6. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
7. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
8. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
9. Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
10. Diploma Kejuruteraan Perkapalan
11. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
12. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
13. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
14. Diploma Kejuruteraan Mekatronik
15. Diploma Akauntansi
16. Diploma Kewangan dan Perbankan
17. Diploma Pengajian Perniagaan                                                                          18. Diploma Pengurusan Peruncitan
19. Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
20. Sijil Kemahiran Pembinaan
21. Asasi TVET (Baharu)

10. Pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong di PUO?

Semua permohonan perjawatan adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)- untuk jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT).

Permohonan adalah secara di atas talian di http://www.spp.gov.my/

Untuk jawatan Bukan Akademik adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di http://www.spa.gov.my .

11. Bilakah waktu urusan pengoperasian Politeknik Ungku Omar?

Isnin – Jumaat (kecuali cuti umum):

8.00 pagi hingga 5.00 petang
(Rehat 1.00 – 2.00 petang)   Isnin- Khamis
(Rehat 12.15 – 2.45 petang) Jumaat
Sabtu – Ahad : Cuti Am

12. Syarikat kami mempunyai kekosongan tempat untuk pelajar menjalani latihan industri. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut?

Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai di Unit Perhubungan Latihan Industri melalui emel :
nakmal@puo.edu.my / siti.hajar@puo.edu.my