Setinggi-tinggi Tahniah & Syabas diucapkan kepada Mejar (K) Dr. Hajah Salmi binti Che Meh B.C.N, Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO) atas penerimaan Pertauliahan Pangkat Mejar Kehormat bagi Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perak.

Pertauliahan berprestij ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi yang mempamerkan komitmen, kepimpinan, serta sumbangan berterusan beliau bukan sahaja dalam bidang pendidikan dan pembangunan TVET, malah dalam menyokong agenda pertahanan serta kesukarelawanan negara.

Seluruh warga PUO mendoakan semoga Dr. Hajah Salmi sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, dan terus cemerlang memacu PUO ke mercu kejayaan! 

Semoga Terus Cemerlang!