Tahniah kepada semua graduan Konvokesyen Kali Ke-54!

📢

 Bersempena Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Tengah 2026, para graduan Politeknik Ungku Omar (PUO) diminta hadir untuk mengambil jubah konvokesyen setelah pembayaran yuran konvokesyen diselesaikan.

🗓️

 Para graduan digalakkan dan diutamakan untuk mengambil jubah pada:

📍

 19 & 20 September 2026

🏢

 Politeknik Ungku Omar (PUO)

Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan pada hari-hari terakhir serta membantu graduan membuat persediaan awal menjelang majlis konvokesyen.

🤝

 Graduan yang tidak dapat hadir boleh mewakilkan graduan lain untuk mengambil jubah bagi pihak mereka.

✅

 Tiada had bilangan pengambilan wakil yang dibenarkan.

✅

 Sila bawa salinan kad pengenalan graduan hardcopy/softcopy.

🙏

 Kerjasama dan keprihatinan semua graduan amatlah dihargai.

🎉

 Tahniah sekali lagi kepada semua graduan. Semoga urusan konvokesyen anda dipermudahkan dan berjalan lancar.