​Sejak keputusan ambilan diumumkan, talian Politeknik Ungku Omar (PUO) menerima lambakan panggilan (high volume) luar biasa setiap hari. Kami cuba sedaya upaya untuk bantu semua.

💡

 Tips Penting: Jawapan Sebenarnya Dah Ada di Hujung Jari!

Majoriti persoalan berkaitan semakan, rayuan, pendaftaran, dan pengesahan tawaran sebenarnya sudah diperincikan sepenuhnya secara dalam talian.

​Sebelum mendail talian kami, mohon ibu bapa dan bakal pelajar untuk:

1️⃣

 Semak Dahulu: Layari portal rasmi di 

🌐

ambilan.mypolycc.edu.my

2️⃣

 Budayakan Membaca: Amalan membaca maklumat sedia ada sangat membantu melancarkan urusan semua pihak.