Ayuh bersama-sama kita memberikan sokongan padu kepada para wira dan wirawati negara di Majlis Penutup 17th Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC)!

Setelah mengharungi latihan yang menguji mental dan fizikal, kini tibalah masanya untuk meraikan keberhasilan dan semangat juang tinggi para perwira muda kita.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

🗓️

 Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)

⏰

 Masa: 09:00 AM – 01:00 PM

📍

 Tempat: Padang Astaka, Politeknik Ungku Omar (PUO)

Pelbagai aturcara menarik menanti termasuk gimik penutupan & penyerahan bendera MALPTAAC, dan perbarisan penuh bersemangat. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan detik bersejarah ini!

Jumpa anda di sana!