Memperkenalkan sistem pembelajaran hibrid dan anjal.
95 Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada 19 Universiti Awam bersedia melaksanakan pembelajaran anjal bermula kemasukan Sesi Akademik 2023/2024.
Pengajian bagi sesetengah program dipendekkan daripada 4 tahun kepada hanya 3 tahun.
44 program pengajian dari 9 IPT dikenal pasti untuk dipendekkan tempoh pengajian.
Inisiatif Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG).
10 ribu mahasiswa wakil pertama dari keluarga B40 dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua 20 universiti awam.
Memperkenalkan Program Asasi TVET.
Program persediaan calon lepasan SPM sebelum mereka menyambung pengajian di peringkat ijazah di Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
KPT bersama-sama dengan Jabatan Politeknik Dan Kolej Komuniti sedang memuktamadkan proses membolehkan pengambilan pemegang-pemegang sijil kemahiran dari semua jenis institusi kemahiran untuk menyertai Politeknik.