Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Ungku Omar akan mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-52 pada 26 hingga 30 Ogos 2024.


Istiadat Konvokesyen ini adalah untuk menganugerahkan Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda kepada graduan yang tamat pengajian pada Sesi II: 2022/2023 dan Sesi I: 2023/2024 bagi Sijil dan Diploma, manakala Sesi Akademi II: 2022/2023 bagi Ijazah Sarjana Muda.


Tahniah dan syabas kepada para graduan!


Makluman terkini akan dimaklumkan melalui portal Konvokesyen iaitu:

https://konvokesyen.puo.edu.my mulai 1 Julai 2024.